|
| SELAYANG
PANDANG... |
IPG Kampus Darulaman
merupakan salah satu daripada 27 kampus Institut Pendidikan
Guru (IPG) yang terletak di Jitra, Kedah. Semenjak
perpindahannya dari Maktab Perguruan Lembah Pantai
pada tahun 1990, IPG Kampus Darulaman telah mengendalikan
pelbagai kursus dan program berkaitan pendidikan dan
keguruan sama ada yang dirancang oleh pihak Kementerian
Pelajaran, Bahagian Pendidikan Guru ataupun pihak
IPG Kampus Darulaman sendiri. Dengan Motto `Sinar
Ilmu di Utara` diharapkan IPG Kampus Darulaman mampu
memberi sinar harapan yang gemilang kepada anak bangsa.
[..Artikel
Menarik]
|
|
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU KPLI j-QAF AMBILAN JANUARI 2012
(Zaimah HEP)
Tahniah kepada calon yang berjaya . Anda dikehendaki hadir
untuk mendaftarkan diri pada ketetapan berikut:
TARIKH : 30 JANUARI 2012 ( ISNIN )
MASA : 8.30 PAGI - 11 .00 PAGI
TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KAMPUS DARULAMAN
Semua calon perlu :
1. Memuat turun dan mengisi Kit Pendaftaran Pelajar dalam
laman web KPM
2. Mematuhi etika berpakaian semasa pendaftaran ( baju putih
dan seluar / kain
hitam)
3. Mematuhi perkara yang digariskan dalam Buku Panduan Pendaftaran
4. Bayaran untuk pendaftaran Pelajar sebayak RM 445.00 secara
KIRIMAN WANG
( Money Order ) atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA , IPG KAMPUS DARULAMAN dan TUNAI RM 55.00 bagi bayaran
kad matrik dan Takaful ( bawa semasa pendaftaran )
5. 14 keping gambar berukuran pasport
6. Salinan buku akaun bank - Bank Simpanan Nasional |
PENGARAH, TIMBALAN
PENGARAH DAN SEMUA STAF
MENGUCAPKAN
SELAMAT TAHUN
BARU CINA
DAN
SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER
20 - 28 JANUARI 2012
KEPADA SEMUA PELAJAR IPG KAMPUS DARULAMAN |
Majlis
Anugerah Sijil Kecemerlangan Akademik Pengarah
(Wan Fadzli)
IPG Kampus
Darulaman amat menitikberatkan kecemerlangan akademik dalam
kalangan pelajar. Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar
yang telah mencapai tahap kecemerlangan akademik di dalam
peperiksaan iaitu yang memperoleh PMG 3.75 ke atas, satu Majlis
Anugerah Sijil Kecemerlangan Akademik Pengarah telah diadakan.
Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh gemilang pada
16 Januari 2012 bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman.
Sebanyak 101 Sijil Anugerah Pengarah telah disampaikan mengambilkira
peperiksaan yang telah dijalankan pada November 2011 kepada
pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 (Semester 2), pelajar PISMP
Ambilan Januari 2010 (Semester 4) , pelajar PISMP Ambilan
Januari 2009 (Semester 6), pelajar PPISMP Ambilan Jun 2010
(Semester 3) dan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2011 (Semester
1).
Sebanyak 279
Sijil Anugerah Pengarah juga telah dianugerahkan kepada para
pelajar semester terdahulu . Semua sijil telah dianugerahkan
sendiri oleh Y. Bhg Pengarah IPG Kampus Darulaman, Tn. Hj.
Mohd Mustafa bin Ahmad.
Album
Gambar >>
Selamat
Bersara Tn. Hj. Ismail Bin Noh
|
IPG Kampus Darulaman
sekali lagi telah kehilangan sebutir sinar. Tn. Hj.
Ismail bin Noh telah bersara pilihan mulai 2 Januari
2012 dan majlis persaraan beliau telah diadakan pada
16 Januari 2012 sebaik sahaja majlis Anugerah Sijil
Kecemerlangan Akademik Pengarah selesai bertempat
di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman. Semuga Ustaz
akan sentiasa sihat selalu dan beroleh kesejahteraan.
Selamat bersara
Album
Gambar >>
|
|
TEKS
UCAPAN (Timbalan)
YAB TAN SRI DATO’ HJ
MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN KHAS KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA 2012
PADA 10 JANUARI 2012; PUKUL 9.00 PAGI,
BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI,
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)..Download
|
MAKLUMAT PENEMPATAN
PRAKTIKUM PISMP JAN 2009 (SEM. 7) (Syed
Khalid)
Maklumat penempatan praktikum
dan pensyarah penyelia major dan elektif
Download
|
BUKU
PANDUAN PENGURUSAN IPG KAMPUS DARULAMAN
(Timbalan)
Anda boleh dapatkan Buku Panduan
Pengurusan 2012 di sini..Download
|
TAHNIAH,
USTAZ ZAKARIA ATAS KEJAYAAN MENAMATKAN PENGAJIAN PHD
(webmaster)
|
Tahniah
kepada Ustaz Zakaria Abdullah, pensyarah Jabatan Pengajian
Agama Islam dan Moral yang telah berjaya menamatkan
pengajian peringkat Kedoktoran (PhD) dalam bidang Pendidikan
Islam di UKM. Kajian beliau adalah berkaitan dengan
Pengajaran pembelajaran Berpusatkan Pelajar dalam pendidikan
Islam KBSM di Sekolah Menengah Kebangsaan. Beliau telah
berjaya menjalani Viva pada 15 Nov 2011.
Beliau
dijangka akan menjalani Majlis Konvokesyen UKM tidak
lama lagi. TAHNIAH USTAZ ! |
|
JADUAL
WAKTU PELAJAR PPG SEMESTER 2
(Khairul Anwar) Makluman
kepada pelajar PPG semester 2. Tuan/Puan boleh merujuk singkatan
nama dan no tel pensyarah yang terlibat seperti yang dilampirkan
Download
| Singkatan |
MAKLUMAT PRAKTIKUM
BAGI KUMPULAN KPLI JQAF AMBILAN JANUARI 2011, KDPM KDC PC
AMBILAN NOVEMBER 2008 DAN KPLI KDC PK AMBILAN NOVEMBER 2010
(Syed Khalid)
1. Praktikum KPLI KDC LPBS jQAF Ambilan Januari
2011 - Tempoh Praktikum 29/30 Januari hingga 26/27 April
2012 ( 12 minggu)
2. Praktikum KPLI KDC Pendidikan Khas Ambilan November 2010
- Tempoh Praktikum 29/30 Januari hingga 26/27 April 2012
( 12 minggu)
3. Praktikum KDPM KDC Pengajian Cina Ambilan November 2008
- Tempoh Praktikum 8/9 Januari hingga 19/20 April 2012 (
14 minggu)
Pelajar KPLI JQAF IPG Kampus
Darulaman Januari 2011 yang akan diselia oleh IPG Lain (Download
)
Download
|
INTERAKSI
KULIAH PPG SEMESTER II, JANUARI 2012
(Hj Khalid) Download
|
SEMAK
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (Zulkifli
Md Isa)

Semak keputusan
peperiksaan anda di sini..... |
|