Hadapan

Informasi Organisasi

Pentadbiran

Pengurusan Akademik

Berita & Peristiwa

Capaian Pendidikan

Sistem Pergerakan Staf

Hubungi Kami

Muat Turun (Download)

DARULAMAN - SIG

Emel Staf Login

Salam Webmaster


WM mengucapkan jutaan terimakasih atas segala sokongan dari pihak pengurusan pentadbiran, akademik ,staf sokongan dan seluruh warga IPDA dalam usaha melaksanakan laman web ini untuk kebaikan semua.

Sebarang sumbangan idea, bahan, berita dan informasi yang ingin dimasukkan ke dalam laman web ini, sila hantarkan ke emel admin@ipda.edu.my.

Segala bahan tersebut akan dipastikan kesahannya sebelum dipaparkan untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Kerjasama tuan/ puan amat dihargai.

PENGUMUMAN KEPADA PENGETUA & GURU BESAR - SSKP (Hjh Norhayati Ali)

<<

Pengumuman ini ditujukan khas kepada semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah yang menerima borang Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan (SSKP), iaitu LAM-PUP04-05 dan LAM-PUP04-06.

1. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan pihak Bahagian Pendidikan Guru telah memohon agar pihak institut pendidikan guru di Malaysia menghantar Laporan Maklum Balas Pelanggan bagi guru-guru yang telah berkhidmat di sekolah tuan-tuan dan puan-puan mulai Julai 2009.

2. Sehubungan itu, pihak IPG Kampus Darulaman telah menghantar surat dan borang SSKP tersebut ke sekolah-sekolah yang terlibat.

3. Borang-borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap oleh pihak pentadbiran sekolah dan guru permulaan, iaitu guru yang telah berkhidmat di sekolah tuan-tuan dan puan-puan mulai Julai 2009 dari IPG Kampus Darulaman. Borang-borang tersebut hendaklah dikembalikan dengan menggunakan sampul surat yang disertakan bersama setemnya.

4. Borang-borang tersebut perlu sampai ke tangan pihak pentadbiran IPG Kampus Darulaman pada atau sebelum 25 Februari 2010 untuk dibuat analisis dan seterusnya membuat laporan mengikut kehendak prosedur MS ISO 9001:2008.

5. Kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan maksud tersebut sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih



 

 

 

 

 






 

 


© copyright 2009 IPGM Kampus Darulaman