Majlis
Anugerah Sijil Kecemerlangan Akademik Pengarah (Wan
Fadzli)
IPG Kampus
Darulaman amat menitikberatkan kecemerlangan akademik dalam
kalangan pelajar. Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar
yang telah mencapai tahap kecemerlangan akademik di dalam
peperiksaan iaitu yang memperoleh PMG 3.75 ke atas, satu Majlis
Anugerah Sijil Kecemerlangan Akademik Pengarah telah diadakan.
Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh gemilang pada
16 Januari 2012 bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman.
Sebanyak 101 Sijil Anugerah Pengarah telah disampaikan mengambilkira
peperiksaan yang telah dijalankan pada November 2011 kepada
pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 (Semester 2), pelajar PISMP
Ambilan Januari 2010 (Semester 4) , pelajar PISMP Ambilan
Januari 2009 (Semester 6), pelajar PPISMP Ambilan Jun 2010
(Semester 3) dan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2011 (Semester
1).
Sebanyak 279
Sijil Anugerah Pengarah juga telah dianugerahkan kepada para
pelajar semester terdahulu . Semua sijil telah dianugerahkan
sendiri oleh Y. Bhg Pengarah IPG Kampus Darulaman, Tn. Hj.
Mohd Mustafa bin Ahmad.
Album
Gambar >>
Selamat
Bersara Tn. Hj. Ismail Bin Noh
|
IPG Kampus Darulaman
sekali lagi telah kehilangan sebutir sinar. Tn. Hj.
Ismail bin Noh telah bersara pilihan mulai 2 Januari
2012 dan majlis persaraan beliau telah diadakan pada
16 Januari 2012 sebaik sahaja majlis Anugerah Sijil
Kecemerlangan Akademik Pengarah selesai bertempat
di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman. Semuga Ustaz
akan sentiasa sihat selalu dan beroleh kesejahteraan.
Selamat bersara
Album
Gambar >>
|
|