Hadapan

Informasi Organisasi

Pentadbiran

Pengurusan Akademik

Berita & Peristiwa

Capaian Pendidikan

Hubungi Kami

Aplikasi Atas Talian

Muat Turun (Download)

Direktori Kepakaran

Emel Staf Login

Webmaster Login

Salam Webmaster

WM mengucapkan jutaan terimakasih atas segala sokongan dari pihak pengurusan pentadbiran, akademik ,staf sokongan dan seluruh warga IPDA dalam usaha melaksanakan laman web ini untuk kebaikan semua.

Sebarang sumbangan idea, bahan, berita dan informasi yang ingin dimasukkan ke dalam laman web ini, sila hantarkan ke emel admin@ipda.edu.my.

Segala bahan tersebut akan dipastikan kesahannya sebelum dipaparkan untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Kerjasama tuan/ puan amat dihargai.

Laman Web ini hanya akan dikemaskini pada setiap hari ISNIN dan KHAMIS setiap minggu sahaja. Harap Maklum

 
SELAYANG PANDANG...

IPG Kampus Darulaman merupakan salah satu daripada 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak di Jitra, Kedah. Semenjak perpindahannya dari Maktab Perguruan Lembah Pantai pada tahun 1990, IPG Kampus Darulaman telah mengendalikan pelbagai kursus dan program berkaitan pendidikan dan  keguruan sama ada yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran, Bahagian Pendidikan Guru ataupun pihak IPG Kampus Darulaman sendiri. Dengan Motto `Sinar Ilmu di Utara` diharapkan IPG Kampus Darulaman mampu memberi sinar harapan yang gemilang kepada anak bangsa. [..Artikel Menarik]


Ucapan kepada semua warga IPG Kampus Darulaman dan seluruh warga pendidik. Semoga segala usaha kita diberkati Allah.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara


PEPERIKSAAN PPG, AMBILAN 2011 (EDU 3103) (Hj Khalid)

PEPERIKSAAN PPG, AMBILAN 2011 (EDU 3103), YANG DIJADUALKAN PADA 16 MEI 2012 DITUNDA KEPADA JUMAAT 18 MEI 2012 (JAM 8.30 PAGI - 11.00 PAGI)

JADUAL PEPERIKSAAN BAGI MATA PELAJARAN LAIN (AMBILAN 2011, 2012) SEPERTI DALAM JADUAL. Download


KENYATAAN SEBUTHARGA (Ramzani)

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor / pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB, PKK dan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah bidang-bidang berkaitan yang pendaftarannya masih berkuatkuasa untuk menyertai sebutharga berikut :-

KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN NAIKTARAF
MAKMAL PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Kenyataan Sebutharga


KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA BIL. 2 TAHUN 2012 (Mohamad Roslan)

Semua pelajar kumpulan berikut:

1. KPLI KDC Pendikan Khas Ambilan November 2010
2. KPLI j-Qaf Ambilan Januari 2011
3. KPLI PPC Ambilan Ogos 2011
4. KDPM KDC PC Ambilan November 2008

Berdasarkan Pekeliling IPG ,Kursus Induksi SSM Bilangan 2 Tahun 2012 akan diadakan mengikut keketapan berikut:

Tarikh: 11 hingga 13 Jun 2012
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Ujian Akhir Kursus : 13 Jun 2012 ( 8.00 pagi di Dewan Besar Kampus)

Sehubungan itu, saudara diwajibkan menghadiri taklimat yang akan diadakan pada 13 Mei 2012 ( Ahad) jam 2.00 petang di Dewan Ibnu Khaldun, IPG Kampus Darulaman. Walau bagaimanapun, berdasarkan keputusan mesyuarat Pengelola yang diadakan di Hotel Cinta Sayang pada 24 hingga 26 April lalu, pelajar bagi kumpulan Mod KDC boleh mengikuti taklimat KISSM ini di mana-mana IPG terdekat dengan tempat tinggal atau sekolah saudara. Sila hubungi Pengelola KISSM IPG berkenaan dengan kadar segera.

Semua soalan tugasan dan arahan untuk melaksanakan tugasan boleh saudara muat turun daripada laman web IPG Kampus Darulaman mulai 13 Mei 2012.

Bersama –sama ini dilampirkan surat kuasa melaksanakan KISSM bagi Tahun 2012 dan surat tawaran mengikuti Kursus yang mesti dipohon melalui Guru Besar masing-masing.

Sebarang masalah, sila hubungi Encik Mohamad Roslan bin Ghazali di talian 0134892289. Download | Surat Pelepasan | Agihan Tugasan | Tugasan


JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2012 (Norhayati UPEN) 

Dapatkan Jadual Terkini (29 April 2012) di sini kerana terdapat sedikit perubahan bagi PPISMP Sem 1. Download


  © copyright 2012 IPG Kampus Darulaman