Institut Perguruan Darulaman
www.ipda.edu.my
 
 






Alamat IPG:
 
Institut Perguruan Darulaman
06000 Jitra Kedah
Tel : 04-9182333
Fax : 04-9175492
Emel : admin@ipda.edu.my

Kemaskini : 19 November 2008

© Copyright WM IPDA 1996-2008.
Penafian : Pihak WM IPDA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

 

   

.: Salam Pertemuan KDPM KDC & PGSR

Selamat Datang dan Selamat Kembali kepada semua pelajar KDC yang baru mendaftarkan diri dan kepada yang menyambung pengajian untuk semester berikutnya. Diharapkan semoga anda semua akan memanfaatkan peluang yang ada untuk menimb sebanyak mana ilmu yang diperlukan untuk mendidik di sekolah kelak.

 

.. /webmaster

 

.: IPDA :: Selayang Pandang

IPDA merupakan salah satu daripada 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak di Jitra, Kedah. Semenjak perpindahannya dari Maktab Perguruan Lembah Pantai pada tahun 1990, IPDA telah mengendalikan pelbagai kursus dan program berkaitan pendidikan dan  keguruan sama ada yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran, Bahagian Pendidikan Guru ataupun pihak IPDA sendiri. Dengan Motto `Sinar Ilmu di Utara` diharapkan IPDA mampu memberi sinar harapan yang gemilang kepada anak bangsa.

Artikel Menarik  :: IPDA :: What A Wonderful World oleh  Hj Foozi Saad

.: Emel Tuan Timbalan kepada semua

Saudara/saudari,

Kita telah pun berada diakhir tahun dan bertambah sibuk. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banayk terima kasih dan tahniah atas segala sumbangan ikhlas dalam meningkatkan dan meletakkan IPDA ditahap yang boleh kita banggakan. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk terus menyumbang dan pastinya tahun hadapan lebih mencabar.

Saya mengambil kesempatan ini agar semua kita menyelesaikan segala tuntutan sama ada tuntutan perbatuan atau lain-lain tuntutan dengan segera bagi mengelakkan terlepas pandang yang akan membawa kepada AP.

Di atas kerjasama sdr/i diucapkan jutaan terima kasih

--
Shaari Osman

.: Perutusan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Perutusan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru YBhg Dato' Misrah bin Haji Ibrahim sempena Pendaftaran dan Minggu Pengurusan Peserta PGSR dan KDPM-KDC ambilan November 2008. Klik >>

.: [Webmaster] Kursus Pensyarah Pembimbing Praktikum

Kursus Bimbingan Praktikum untuk pensyarah IPDA telah diadakan di Hotel Heritage, Ipoh Perak pada 10 -12 November 2008 oleh pihak Unit Praktikum. Kursus ini dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri pensyarah Pemulihan, Pendidikan Khas dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai pengurusan dan penilaian praktikum di IPDA bagi penyeliaan praktikum pada 2009. [ Album ]

.: [KJ JTMK] Kursus Album Fotografi Digital & Ulead

Kursus Penghasilan Album Fotografi Digital menggunakan perisian ULEAD telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Taiping pada 5 - 7 November 2008 yang dihadiri oleh pensyarah IPDA dari pelbagai jabatan dan unit. Kursus ini dikendalikan oleh En. Jusni Nasirun (KJ JTMK) dan En. Shukri Mansor yang menekankan mengenai teknik penggunaan kamera dan perisian melalui cara yang betul. Peserta juga diberi masa untuk mempraktikkan teknik mengambil gambar di sekitar Bandar Taiping. [ Album ]

 

 

.: [KJ JTMK] Majlis Konvokesyen Pra Sekolah

Pra Sekolah IPDA telah mengadakan Majlis Konvokesyen 2008 pada 4 November 2008 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Tuan Hj Roslan Abd. Hamid dan turut dihadiri ibubapa pelajar pra sekolah untuk memeriahkan majlis itu [ Album ]

 

 

.: [KJHEP] Pendaftaran Pelajar Baru PGSR dan KDC November 2008

Pendaftaran pelajar baru Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan Kursus Dalam Cuti Pengajian Cina akan diadakan pada 17 November 2008 (Isnin) di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Tingkat Bawah, Bangunan A3 pada jam 8.00 hingga 10.00 pagi.

IPDA akan menerima seramai 75 orang PGSR dan 50 orang untuk KDC PC. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Mohd Shafiee Hassan (PGSR) dan En Yeoh We Thiam (KDC PC) di talian 04-9182333.

.: [KULDP] Kad Laporan Latihan 2008 (Tindakan Segera)

Tuan/ Pualah dn dikehendaki dengan seberapa segera mengumpul dan menghantar Kad Pelaporan Latihan 2008 pensyarah dan staf bukan akademik ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) sebelum atau pada 9 November 2008.

.: [Warga IPDA] Tahniah Puan Asiah Saad DG52 Cemerlang

Sekalung Tahniah kepada Puan Asiah Saad (Pensyarah Cemerlang) yang dinaikkan gred dari DG 48 Cemerlang kepada DG 52 Cemerlang yang dibuat di Hotel Pearl International pada 30 Oktober 2008 baru-baru ini. Semoga dengan peningkatan ini akan menjadi panduan kepada kakitangan lain untuk terus cemerlang perkhidmatan demi pendidikan.

 

 

 

.: [Webmaster] Statistik Oktober 2008

Berikut adalah statistik web yang dikeluarkan untuk Bulan Oktober 2008 untuk informasi anda. Klik Sini >>

.: [KJ JTMK] Lawatan KSU Kementerian Pelajaran

Lawatan kerja KSU Kem. Pelajaran Malaysia, Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang pada 29 Oktober 2008 ke IPDA telaj disambut oleh Pengarah IPDA, Ketua Jabatan dan Ketua Unit IPDA. KSU diiringi oleh pegawai dari KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Rombongan dibawa melawat Pusat Sumber IPDA dan Kolej Kediaman yang baru diserahkan pada minggu lepas oleh Ketua Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM. [ Album ]

 

 

.: [KJ JTMK] Mesyuarat M3P dan Kursus Etiket & Protokol : Langkawi

Pihak pengurusan atasan IPDA yang terdiri dari Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan telah mengadalan mesyuarat M#P di Hotel seaview Langkawi pada 22-24 Oktober 2008. Dalam mesyuarat ini juga diselit slot Kursus Etiket dan Protokol oleh penceramah jemputan. [Album]

 

 

.: Panggilan Kaabah 2008

Pada tahun ini beberapa orang kakitangan IPDA telah terpilih untuk menunaikan rukun haji di tanah suci Mekah. Mereka adalah En. Jusni Nasirun (KJ JTMK), Pn Siti Balkeh Othman (KJ JIP), En Mohamad Yaakob (KJ Matematik), En Rosli Mohamad (JB), En. Zainal Abidin Saad (JIP), Hj Ghazali (PJPK), Pn Hjh Nazrah dan Pn. Toh Pah Chah (JS). Semoga dengan keberangkatan mereka kelak akan selamat dan menghasilkan haji yang mabrur...amin.

Oleh itu, pihak KEKELIP akan mengadakan Majlis bacaan Yasin bagi meraikan bakal-bakal haji yang akan diadakan pada 30 Oktober 2008 (Khamis), jam 8.00 pagi di Masjid AnNur IPDA. Semua muslimin/ muslimat dijemput bersama di dalam majlis tersebut.

.: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 IPDA diadakan di Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah pada 22 Oktober 2008. Beberapa kakitangan akademik dan sokongan diberi anugerah berdasarkan perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan pada tahun 2007. Semoga dengan anugerah yang diterima ini, semua penerima akan menjadi contoh kepada yang lain. Berikut adalah senarai penerima anugerah bagi tahun 2007.[ Senarai Penerima >> ] [ Album ]

 

 

.: Lawatan Datin Asariah Meor Shaharudin, Timbalan KPPM

Satu lawatan rasmi oleh Yang Berbahagia Datin Asariah bt Meor Shaharudin, Timbalan KPPM Sektor Pembangunan Professionalisme Keguruan sempena Majlis Penyerahan Kolej Kediaman IPDA yang baru pada 20 Oktober 2008. Majlis berkenaan juga telah diserikan dengan kehadiran Pengarah IPDA, Tn.Hj Roslan Abdul Hamid , Timbalan Pengarah En Shaaro Othman dan kakitangan akademik serta kakitangan sokongan. Klik Sini >>

 

 

.: [WEBMASTER] Makluman BPG : Sistem Pergerakan Staf   (Tindakan Segera)

Berikut adalah makluman daripada pihak BPG berkaitan dengan Sistem Pergerakan Staf yang perlu digunakan oleh seluruh warga IPG dan BPG. Klik Sini >>

.: Renungan

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

.: Salam Webmaster

WM mengucapkan jutaan terimakasih atas segala sokongan dari pihak pengurusan pentadbiran, akademik ,staf sokongan dan seluruh warga IPDA dalam usaha melaksanakan laman web ini untuk kebaikan semua. Sebarang sumbangan idea, bahan, berita dan informasi yang ingin dimasukkan ke dalam laman web ini, sila hantarkan ke emel admin@ipda.edu.my. Segala bahan tersebut akan dipastikan kesahannya sebelum dipaparkan untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Kerjasama tuan/ puan amat dihargai.
 

 
 [  Sesuai dilayari melalui paparan 1280x800  ]
PENGHARGAAN :: Beberapa imej fotografi adalah hasil karya jusni nasirun yang di olah menjadi grafik dan animasi oleh wm