Institut
Perguruan Darulaman ditubuhkan pada 1 Jun 1990 di kampus
Universiti Utara Malaysia yang berpindah ke Sintok,
Kedah. Sekumpulan 218 orang pelajar, beberapa orang
pensyarah dan staf sokongan dari Maktab Perguruan Lembah
Pantai, Kuala Lumpur adalah peneroka awal.
Luas
kampus ini adaiah 25 hektar, yang terdiri daripada lapan
buah bangunan akademik, sebuah bangunan pentadbiran,
sebuah bangunan gerakerja kokurikulum (GERKO), sebuah
bangunan Budisiswa, sebuah dewan besar dan sebuah bangunan
pusat sumber. Kampus ini juga menyediakan berbagai kemudahan
seperti surau, gelanggang permainan dan kemudahan sukan
serta olahraga.
Kampus
ini dikongsi bersama dengan Institut Aminuddin Baki
Cawangan Utara (lAB). Dua buah bangunan akademik diduduki
oleh IAB.
Institut
ini mengendalikan Kursus Perguruan Asas Pengajian Sekolah
Rendah Lima Semester dalam bidang Pengajian Melayu,
Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Agama
Islam, Sains dan Matematik serta Matematik dan Muzik.
Bagi menyediakan guru untuk sekolah menengah pula, institut
juga mengendalikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah dalam
bidang Pengajian Melayu dan Sejarah, Pengajian Melayu
dan Sastera, Perdagangan dan Perakaunan serta Perdagangan
dan Ekonomi Asas. Di samping itu, mulai sesi 1995 satu
kursus baru diperkenalkan iaitu Kursus Perguruan Lepas
Diploma dalam bidang Sains.
Institut
ini juga mengendalikan kursus dalam perkhidmatan iaitu
Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun dalam bidang
Program Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran, Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Pemulihan serta Bimbingan
dan Kaunseling. Sementara itu Kursus Dalam Perkhidmatan
14 Minggu dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan dan
Bimbingan dan Kaunseling telah juga diperkenalkan.
Kursus
Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang menggantikan KSPK
telah diperkenalkan pada bulan Julai 1996 manakala Kursus
Diploma Perguruan Malaysia pada bulan Ogos 1996. Perangkaan
pada 1 November 1996 menunjukkan bilangan pelajar Institut
Perguruan Darulaman adalah seramai 2128 orang. Mereka
terdiri daripada 354 orang guru pelatih Kursus Diploma
Perguruan Malaysia, 221 orang peserta Kursus Perguruan
Lepas Ijazah, 138 orang peserta Kursus Lepas Diploma,
1133 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah dan
282 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah Semester
tiga, empat dan lima dan 282 orang peserta Kursus Diploma
Perguruan Khas.
FALSAFAH
IPDA
Usaha yang terancang dan berterusan akan melahirkan
insan guru yang memiliki ciri-ciri kepimpinan profesional,
berteraskan ketuhanan serta beriltizam dalam menangani
perubahan semasa ke arah kecemerlangan pendidikan.
OBJEKTIF
ORGANISASI IPG
Menyediakan
unjuran ambilan guru IPG memenuhi sekurang-kurangnya
95% dari jumlah yang disyorkan oleh Jawatankuasa Unjuran
Guru;
Memastikan
100% calon yang di-tawarkan mengikuti kursus pergu-ruan
memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti yang
diiklankan;
Menyediakan
program latihan perguruan memenuhi 100% keper-luan unjuran;
Memastikan
tahap kepuasan pelanggan terhadap keguruan dan prestasi
produk dalam tempoh yang ditetapkan mencapai 80%.
PIAGAM
PELANGGAN
- Mempastikan
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hari
pertama setiap semester selaras dengan perancangan
yang telah disediakan
- Mengeluarkan
keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan satu
minggu selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan
Guru;
-
Menganugerahkan Diploma Pe-guruan kepada lulusan enam
bulan selepas peperiksaan akhir diumumkan;
-
Menghantar senarai nama pela-jar semester akhir ke
jabatan dan bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan
ke sekolah enam bulan sebelum mereka menamatkan kursus
MISI
IPDA
Institut
Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa
pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik
kearah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
VISI
IPDA
IPG Peneraju Kecemerlangan
Pendidikan Guru
HALA
TUJU
- Kecemerlangan Pengajaran
dan Pembelajaran
- Kecemerlangan Penyelidikan,
Pembangunan dan Inovasi
- Kecemerlangan Perkhidmatan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Objektif
Operasi IPG
Semua pelajar baharu memenuhi syarat yang ditetapkan
semasa proses pendaftaran;
- Pelajar
berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50
terha-dap proses pendaftaran yang dijalankan;
- Pelajar
berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50
terha-dap program pengurusan pelajar baru yang dilaksanakan;
- Pelajar
berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50
terha-dap aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
- Pelajar
berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50
terha-dap aktiviti GERKO;
- Pelajar
berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50
terhadap praktikum;
- Pelajar
berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50
terhadap bimbingan dalam tutorial peribadi;
- Sekurang-kurangya
99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus;
- Semua
aduan pelanggan diambil tinda-kan dalam tempoh tujuh
hari bekerja selepas aduan diterima;
- Elaun
pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh 10 hari
bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntu-kan
diterima daripada IPG kecuali bulan Januari.
WAWASAN
IPG KAMPUS DARULAMAN
i)
Mewujudkan budaya dan tamadun ilmu di kalangan guru
yang meliputi budaya membaca, berfikir, berkreatif
dan berinovatif.
ii) Melahirkan insan guru yang beretika dan bermoral
tinggi serta sentiasa menjaga imej profesional perguruan.
iii) Mengeluarkan guru terlatih yang bersemangat penyayang,
bertimbang rasa dan bertoleransi.
iv) Membentuk masyarakat guru yang berpandangan futuristik
terhadap perkembangan kemahiran keguruan.
v) Memastikan guru-guru dapat mengamalkan budaya penyayang.
|