Template Soalan dan i-Tuntutan

Ciptaan: Abu Bakar bin Lazim

Jabatan: Teknologi Maklumat dan komunikasi

IPGM Kampus Darulaman.

 

Melalui laman web ini saya ingin berkongsi perisian yang saya hasilkan untuk kegunaan anda. Perisian ini merupakan gabungan template MS Word dengan bahasa pengaturcaran Visual Basic.

1. Template Soalan merupakan utiliti yang sangan berguna kepada pensyarah IPGM dan guru-guru sekolah. Ia digunakan untuk membina

  • soalan objektif, struktur dan esei
  • peraturan memberi markah (PMM)
  • saranan jawapan objektif
  • merawak jawapan soalan objektif

dalam bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa lain yang arah tulisan dari kiri ke kanan, dan juga Bahasa Melayu Jawi dan Arab yang mana arah tulisan dari kananke kiri.

Terdapat dua versi iaitu untuk kegunaan IPG ( SoalanIPG.dot ) dan juga untuk kegunaan di sekolah Menengah dan Rendah (SoalanSek.dot)

 

2. i-Tuntutan merupakan template yang digunakan untuk membuat tuntutan perjalanan.

Perisian ini dapat:

  • menentukan kelas tuntutan berdasarkan gaji dan jumlah cc kenderaan yang anda gunakan,
  • menentukan kadar elaun makan, lojing, kadar bayaran hotel berdasarkan gred gaji yang anda masukkan
  • menjumlah jarak perjalanan dan mengagihkan berdasarkan 500km pertama, 500km ke dua dan seterusnya.
  • mengira jumlah tuntutan keseluruhan
  • menentukan jarak dari IPDA ke sekolah-sekolah yang terlibat praktikum ( untuk kegunaan staf IPDA. Boleh diubahsuai untuk kegunaan IPG lain)

 

ke Atas