| Template Soalan |
Soalan Lazim
- Apakah Template Soalan
- Selama ini saya menggubal soalan menggunakan Word. Apakah kelebihan template ini berbanding dengan kaedah dahulu?
- Saya adalah seorang pensyarah IPG. Adakah ia berguna untuk saya?
- Saya pernah menggunakan template SoalanIPG versi terdahulu. Apakah perbezaan dengan versi terdahulu?
- Saya seorang guru sekolah. Bolehkah saya menggunakan template soalan ini untuk menggubal soalan
- Dalam penggubalan soalan Sains dan Matematik saya sering scan kerts graf untuk kegunaan calon. Adakah template ini memberi kemudakan membina graf?
- Bolehkah template soalan ini digunakan pada Word 2007?
- Bolehkah template ini digunakan untuk menggubal soalan dalam jawi atau Arabic atau dalam bahasa pengantar lain?
- Bolehkah template ini diguna untuk membina saranan jawapan objektif? Jika boleh, berapakah bilangan jawapan boleh dibina?
- Adakah dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan template ini?
- Bagaimana cara mendapatkan template tersebut?
|
|
Soalan 1
Apakah Template Soalan
|
|
Template boleh diibaratkan sebagai acuan manakala dokumen yang dihasilkan oleh template diibaratkan sebagai kuih. Template digunakan untuk menghasilkan dokumen yang serupa setiap kali misalnya soalan peperiksaan yang mana formatnya tetap setiap kali soalan dihasilkan.
Template soalan digunakan untuk menghsilkan soalan Objektif, Struktur, Esei, Peraturan Memberi Markah(PMM) dan kertas saranan jawapan objektif. Boleh digunakan untuk bahasa Malaysia, Inggeris, dan bahasa lain yang arah tulisan dari kiri ke kanan. Juga boleh digunakan untuk Jawi dan Arabic. Semua format yang terlibat dalam penggubalan akan dilaksanakan oleh komputer.
Ke Atas
|
| |
Soalan 2
Selama ini saya menggubal soalan menggunakan Word. Apakah kelebihan template ini berbanding dengan kaedah dahulu? |
| Menggunakan kaedah dahulu anda terpaksa membuat format misalnya jenis font, indent, taip nombor soalan, pilihan I, II, III, pilihan A, B, C semasa menyediakan soalan objektif. Dengan sekali klik saja, semua ini akan dilakukan oleh template soalan ini.
Semasa menyediakan soalan struktur anda perlu bina garisan untuk calon menjawab. Perlu taip [markah] dan memformatnya untuk setiap soalan. Kini menggunakan template semua ini dilakukan oleh komputer. Secara amnya semua perkara rutin yang dilakukan semasa mengubal soalan akan dilakukan oleh template ini. Anda hanya perlu klik menu yang disediakan.
Ke Atas
|
| |
Soalan 3
Saya adalah seorang pensyarah IPG. Adakah ia berguna untuk saya? |
| Ya. Template SoalanIPG untuk kegunaan IPG dibangunkan berdasarkan Buku Panduan Penggubakan Soalan keluaran BPG yang dikemaskini pada bulan Mei 2009. Semua format yang terlibat berdasarkan buku tersebut akan dilaksanakan oleh template. Jada anda hanya perlu fokus kepada kualiti soalan dan bukannya kepada format soalan
Ke Atas
|
| |
Soalan 4
Saya pernah menggunakan template SoalanIPG versi terdahulu. Apakah perbezaan versi sekarang dengan versi terdahulu? |
| Versi dahulu berdasarkan Buku Panduan Penggubakan Soalan yang dikeluarkan oleh BPG pada tahun 2003. Versi terbaru ini berdasarkan Pindaan Buku Panduan oleh BPG 2003 yang dibuat pada Mei 2009.
Versi dahulu hanya untuk bahasa Malaysia dan Inggeris dan bahasa-bahasa yang arah tulisan dari kiri ke kanan. Sedangkan versi 1.32 ini boleh digunakan juga untuk Jawi menggunakan font Jawi Biasa saiz 18 dan Arabic font Tradiotional Arabic saiz 18.
Versi terbaru ini terdapat kemudahan untuk membina PMMi yang mana tidak terdapat pada versi dahulu.
Versi terbaru mempunyai kemudahan merawak jawapan soalan objektif sedangkan ini tidak terdapat pada versi dahulu.
Ke Atas
|
| |
Soalan 5
Saya seorang guru sekolah. Bolehkah saya menggunakan template soalan ini untuk menggubal soalan |
| Ya boleh. Anda perlu download SoalanSek untuk kegunaan sekolah. Soalan untuk sekolah berbeza dengan versi IPG pada jarak antara soalan. Untuk versi IPG jarak tersebut adalah 3 baris sedangkan versi sekolah mempunyai jarak 2 baris. Vesi sekolah boleh digunakan untuk sekolah rendah dan menengah. Jumlah maksimum jawapan pada kertas saranan jawapan objektif adalah 60 soalan. Kemudahan lain adalah serupa dengan versi IPG
Ke Atas
|
| |
Soalan 6
Dalam penggubalan soalan Sains dan Matematik saya sering scan kertas graf untuk kegunaan calon. Adakah template ini memberi kemudakan membina graf? |
| Ya. Anda hanya perlu memasukkan file graf yang dibekalkan menggunakan menu Insert->image--> From File. Kemudian Copy dan paste graf sehingga memenuhi ruang yang anda inginkkan.
Ke Atas
|
| |
Soalan 7
Bolehkah template soalan ini digunakan pada Word 2007? |
| Ya boleh. Anda perlu membaca dengan teliti panduan Mengguna template yang dibekalkan bersama template ini. Jika perlu, cetak file tersebut.
Ke Atas
|
| |
Soalan 8
Bolehkah template ini digunakan untuk menggubal soalan dalam jawi atau Arabic atau dalam bahasa pengantar lain? |
| Ya boleh. Anda perlu install font jawi biasa untuk menggubal soalan jawi dan font Traditional Arabic jika ingin menggubal soalan dalam bahasa arab. Anda juga boleh menggubal soalan dalam bahasa-bahasa lain dengan syarat anda install font yang terlibat.
Ke Atas
|
| |
Soalan 9
Bolehkah template ini diguna untuk membina saranan jawapan objektif? Jika boleh, berapakah bilangan jawapan boleh dibina? |
| Ya boleh. Untuk SoalanIPG (template untuk kegunaan IPG) jumlah maksimum ialah 50 soalan. Untuk SoalanSek (untuk kegunaan di sekolah Menengah atau Rendah) jumlah maksimum ialah 60 soalan.
Ke Atas
|
| |
Soalan 10
Adakah dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan template ini? |
| Tidak. Template ini diberi percuma kepada sesiapa yang ingin menggunakannya
Ke Atas
|
| |
Soalan 11
Bagaimana mendapatkan template tersebut? |
| Anda boleh download di Laman web IPGM Kampus Darulaman , http://www.ipda.edu.my/
Selepas download anda perlu unzip file tersebut. Baca file panduan Mengguna Template yang dibekalkan dengan teliti. Kemudian Install mengikut panduan yang diberikan.
JANGAN double click file Soalan.dot yang terdapat dalam folder yang baru anda unzip untuk melaksanakan tugas. Anda Perlu install terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Ke Atas
|