|
Program / Kursus Di
bawah Kendalian Jabatan
Program : Kursus Perguruan Lepas Ijazah
Sasaran : Peserta Kursus KPLI
Tempoh : 1 Tahun
Maklumat Kursus : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (Sekolah
Rendah) dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (Major) bermatlamat
menghasilkan guru bimbingan di sekolah rendah supaya mereka
dapat memainkan peranan sebagai guru bimbingan.
Kandungan kursus ini ialah merangkumi bidang-bidang Falsafah
Bimbingan dan Kaunseling, Teori-teori Kaunseling, Kaunseling
Individu,Kaunseling Kelompok, Kemahiran Bimbingan dan Pengurusan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Program : PISMP
Sasaran : Pelajar Semester 7
Tempoh : 1 Semester
Maklumat Kursus : Kursus ini merangkumi konsep asas, matlamat,
keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
peranan guru biasa sebagai pembimbing; aplikasi teori-teori
dan kemahiran kaunseling dalam pengendalian kaunseling individu
dan kelompok; penggunaan pelbagai terapi dalam kaunseling
kanak-kanak.
Program : Kursus Dalam Perkhidmatan
14 Minggu (GBSR)
Sasaran : Peserta Kursus Dalam Perkhirmatan
Tempoh : 14 Minggu
Maklumat Kursus : Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu (10+4)
untuk guru bimbingan sekolah rendah dirancang sejajar dengan
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia memenuhi jawatan guru
bimbingan sepenuh masa di sekolah rendah seluruh negara.
Kursus ini merangkumi 17 kredit interaksi kuliah (10 minggu)
dan 2 kredit praktikum (4 minggu). Kandungan kursus dibahagikan
kepada 6 unit iaitu Falsafah Bimbingan dan Kaunseling, Teori
Kaunseling, Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Bimbingan,
dan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus
ini adalah penting bagi melengkapkan guru dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti
bimbingan di sekolah dengan berkesan.
|