|
SELAMAT DATANG
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
bertanggungjawab:
- mendaftar serta mengurus minggu
pengurusan pelajar baharu
- menyimpan rekod atau maklumat
pelajar
- mengurus disiplin pelajar
- mengendalikan program berkaitan
dengan pembangunan sahsiah, pengembangan dan kepimpinan pelajar
- menyediakan khidmat kebajikan,
konsultansi serta sokongan umum kepada pelajar
- memantau hal-hal berkaitan
dengan keselamatan pelajar
- membantu serta memantau
aktiviti pelajar
- membantu jawatankuasa
konvokesyen mengurus penganugerahan ijazah/diploma pelajar
-----------------------------------------------------------------------------------------
Visi
Membina insan guru yang berwibawa, berakhlak mulia, kompeten dan
bertanggungjawab.
Misi
Menyediakan perkhidmatan, bimbingan dan konsultansi untuk
membangunkan potensi pelajar secara holistik agar dapat membentuk
insan guru yang berkualiti.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Objektif
- Melaksana dan memantau program peningkatan dan
pengembangan kendiri pelajar;
- Mengumpul dan menyalur maklumat antara pihak
pelajar, pensyarah dan pentadbir;
- Memberi latihan asas dalam hal penyuburan,
pengembangan, kepimpinan dan pengurusan;
- Mengurus hal-hal kebajikan dan keselamatan
pelajar;
- Meningkatkan disiplin pelajar;
- Mengumpul dan menyediakan pangkalan data
pelajar; dan
- Mengurus dan mentadbir hal-hal kolej kediaman
pelajar dan kediaman luar pelajar.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
terletak di Aras Tanah,
Bangunan Laksamana (Blok A3) bersebelahan
dengan Jabatan Pengajian Melayu.
|