IPG Kampus Darulaman

Hadapan

Unit

Kakitangan

Kemudahan

Hubungi Kami / Webmaster

 
 

SELAMAT DATANG

Welcome to JIP
JIP

 

Jabatan Ilmu Pendidikan bertanggungjawab melaksanakan kursus berkaitan disiplin ilmu pendidikan atau pengajian professional dan pengajian prasekolah.

Visi
Melahirkan guru sekolah rendah yang dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan profesionalisme.

Misi

  • Menjadi jabatan pengajian professional yang efisien dan efektif dalam memberi pendidikan yang berkualiti bagi menepati keperluan pelanggan.
  • Melatih dan melahirkan insan guru yang berkemahiran dan kompeten yang mampu menangani cabaran abad ke-21.
  • Menyediakan ruang kerja yang kondusif dan suasana pembelajaran yang efektif bagi melaksanakan proses kerja dalam memenuhi keperluan pelanggan.

 

 Fungsi Jabatan Ilmu Pendidikan

  • Merangka Perancangan Strategik dan melaksanakannya untuk peningkatan  profesionalisme, kepakaran dan kualiti pengajaran pensyarah  jabatan ini daripada semasa ke semasa.
  • Mengurus dan memantau sebuah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai makmal untuk bakal-bakal guru menjalani latihan pengajaran mikro.
  • Mengenalpasti semua unit di Jabatan Ilmu Pendidikan dapat melaksanakan proses  pengajaran dan pembelajaran mengikut proforma yang ditetapkan bagi pelbagai kursus yang ditawarkan di bawah jabatan ini.
  • Mengurus pelaksanaan  kursus-kursus peningkatan profesionalisme untuk peserta- peserta kursus separuh masa anjuran KPM  dan Kementerian Pembangunan  Masyarakat dan Luar Bandar (KEMAS).
  • Merancang dan melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan bidang disiplin ilmu yang diamalkan di Jabatan Ilmu Pendidikan.
  • Mengelolakan sumber manusia supaya menjadi guru yang kompeten dalam mengamalkan ilmu psikologi dan falsafah pendidikan, ilmu pedagogi dan pengurusan pendidikan serta ilmu pendidikan prasekolah dan menguasai pedagogi prasekolah.

 

 

 
 
  © copyright 2011 IPG Kampus Darulaman