| KEAHLIAN
Keahlian PSI diperuntukkan kepada semua
warga IPG Kampus Darulaman meliputi pelajar, staf akademik
dan bukan akademik serta staf sokongan
- Pemohon perlu mengisi borang keahlian Pusat Sumber (Borang
LAM-PT21-02)
- Setiap permohonan mesti disertai dengan1 keping gambar
berukuran pasport yang tertulis di belakangnya nama dan
nombor kad pengenalan.
- Seseorang ahli akan diberi nombor keahlian berbentuk barkod
sama ada ditampal pada kad matriks atau menggunakan bar
kod yang sedia ada pada kad matriks
- Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.
- Kad keahlian ini hendaklah ditunjukkan semasa berurusan
dengan kaunter sirkulasi.
- Bayaran RM5.00 berserta sekeping gambar bersaiz pasport
akan dikenakan kepada ahli yang memohon bar kod baru bagi
menggantikan bar kod yang hilang/rosak..
- Denda pada kadar 20 sen sehari bagi sebuah buku dikenakan
atas ahli yang lewat memulangkan buku .
- Peminjam diminta menggantikan buku yang hilang dengan
buku baru yang sama atau membayar dua kali ganda harga buku
berkenaan beserta wang proses RM50.00 kepada Ketua Unit
Pusat Sumber.
- Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Ketua Unit
Pusat Sumber.
STATUS PINJAMAN
| PENGGUNA |
PINJAMAN BUKU |
PINJAMAN BUKU BINTIK
MERAH DAN BAHAN |
Bilangan |
Tempoh |
Bilangan |
Tempoh |
| Staf |
10 Naskah |
30 hari |
1 bahan |
7 hari |
| Pelajar |
5 Naskah |
14 hari |
1 bahan |
3 hari |
| Bukan Ahli |
Bacaan dan Rujukan Sahaja |
Setiap pengguna PSI perlu mematuhi semua
peraturan-peraturan institut dari segi disiplin & pakaian
semasa menggunakan PSI. Peraturan yang perlu diikuti adalah
seperti berikut:
-
Pelajar mesti memastikan Kad Matriks
dipakai setiap masa semasa berada di dalam PSI.
-
Pelajar mestilah memakai pakaian mengikut
etika perguruan. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali
memakai:
- Selipar
- Singlet
- Baju Tanpa Lengan
- Jaket
-
Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan
dibawa masuk ke dalam PSI
-
Penggunan telefon mudah alih adalah tidak
dibenarkan sepanjang berada di dalam PSI
-
Pihak pentadbiran adalah berhak untuk
menjalankan pemeriksaan terhadap bahan-bahan yang dibawa
masuk ke PSI
-
Setiap kesalahan disiplin pelajar akan
dirujuk ke Unit Disiplin Pelajar dan akan diambil tindakan
berdasarkan akta 174.
|