Admin IPGKDA

Hanya untuk kegunaan Admin Portal IPG Kampus Darulaman sahaja

Admin Login

Admin Login

 



Aluan Datin Pengarah IPGKDA

 

Saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Portal Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Tahniah dan syabas daripada pihak pengurusan kepada jawatankuasa portal web kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman informasi ini dengan merealisasi portal web baru sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama Institut. Adalah diharapkan portal web ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian untuk menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan secara keseluruhannya.

Penghasilan portal web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kebolehpercayaan masyarakat / pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindakan dapat dilakukan dengan efisien serta menjimatkan kos. Adalah menjadi harapan saya agar portal IPGKDA yang dibangunkan ini dikawal dan diselaras supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran , pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang.

Melalui portal web ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan pantas. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak portal ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam.

Akhir kata, saya begitu optimis portal ini mampu dimanfaatkan oleh warga kampus, ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025. Terima kasih kepada semua warga IPGKDA atas inisiatif dan usaha murni ini.

Sinar Ilmu di Utara

YBbhg Hjh.Datin Naimah binti Jaafar
Pengarah IPG Kampus Darulaman
06000 Jitra Kedah
MALAYSIA