Admin IPGKDA

Hanya untuk kegunaan Admin Portal IPG Kampus Darulaman sahaja

Admin Login

Admin Login

 



PENARAFAN BINTANG IPGKDA

 

 

LATAR BELAKANG

Selaras dengan hasrat Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) secara profesional, cekap dan berkesan bagi melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu sistem penarafan yang jelas dan seragam dengan memberi penekanan ke atas prestasi dan kualiti keseluruhan sistem pendidikan di IPG. Sehubungan itu, instrumen ini dibangunkan khusus untuk penarafan IPG Kampus seluruh Malaysia dengan mengambilkira halatuju, visi dan misi penubuhannya.

 

KEPENTINGAN INSTRUMEN PENARAFAN KEPADA IPG

Memastikan IPG sentiasa berada di landasan yang betul untuk melahirkan guru yang berkualiti Memastikan IPG dapat mengekalkan kualiti yang ditetapkan dan peningkatan yang berterusan untuk beroperasi dengan cemerlang Memastikan graduan IPG mendapat pendedahan dan pengalaman yang berkualiti semasa belajar di IPG Memastikan segala sumber dapat dimanfaatkan sepenuhnya Memastikan IPG sentiasa kompetitif untuk melahirkan graduan yang dapat bersaing secara global Memastikan akauntibiliti serta meningkatkan standard IPG di Malaysia Meningkatkan imej IPG di persada dunia supaya IPG Malaysia menjadi penanda aras program pendidikan guru

 

PENARAFAN BINTANG KEPADA IPG

 

ASPEK UTAMA INSTRUMEN